Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tze Yong buat kejutan di Singapura

    SINGAPURA, 13 JULAI – Pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong melakukan kejutan kelmarin apabila menewaskan pemain nombor 12 dunia,  Angus Ng Ka Long dari Hong Kong dalam perlawanan pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2022 yang mendebarkan di Stadium Tertutup Singapura di sini.

    Tze Yong yang berada di ranking ke-48 dunia mengatasi Ka Long yang lebih berpengalaman untuk menempah slot ke pusingan kedua.

    Pemain berusia 22 tahun dari Johor itu yang akan membawa harapan Malaysia di Sukan Komanwel nanti, bermain dengan tenang apabila wakil Hong Kong itu cuba mengejar mata selepas ketinggalan 14-18 sebelum menamatkan set pertama 21-16 dalam masa 20 minit. 

    Walau bagaimanapun, Ka Long, 28, memberikan tentangan hebat dalam set berikutnya memaksa Tze Yong bekerja keras mengejar mata yang menambah tekanan kepada pemain muda Malaysia itu. 

    Tze Yong yang ketinggalan 13-15 mengejar sehingga kedudukan 15-16 dan hanya memberikan satu lagi mata kepada Ka Long sebelum menamatkan set kedua dengan 21-17. 

    Kemenangan Tze Yong melengkapkan kejayaan kem Malaysia selepas empat daripada tujuh beregu campuran melangkah ke pusingan kedua. – Bernama

    Aksi Tze Yong semasa perlawanan pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2022 di Stadium Tertutup Singapura kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...