Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Uber didenda AS$19j buat kenyataan palsu

    SYDNEY, 26 APRIL – Uber, didenda AS$19 juta selepas mengaku melanggar undang-undang pengguna Australia dengan membuat kenyataan palsu atau mengelirukan, lapor Xinhua.

    Badan pemantau pengguna persekutuan, Australian Competition and Consumer Commission (ACCC), pada Selasa mengumumkan bahawa mesej amaran yang dipaparkan antara Disember 2017 dan September 2021 pada aplikasi Uber mengelirukan pengguna.

    “Mesej ‘awda mungkin dikenakan sedikit bayaran kerana pemandu awda sudah dalam perjalanan’,” diterima pengguna meskipun mereka berada dalam tempoh pembatalan percuma yang ditawarkan Uber.

    Pengerusi ACCC, Gina Cass-Gottlieb berkata lebih dua juta rakyat Australia telah menerima amaran pembatalan yang mengelirukan itu sebelum ia dihentikan.

    “Uber mengakui ia mengelirukan pengguna Australia selama beberapa tahun, dan mungkin menyebabkan sesetengah daripada mereka memutuskan untuk tidak membatalkan perjalanan mereka selepas menerima amaran pembatalan itu, walaupun mereka berhak untuk membatalkan secara percuma di bawah polisi Uber sendiri,” menurutnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...