Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    ‘Usain Bolt M’sia’ tak gentar jumpa ‘Thai Wonderkid’

    HANOI, 17 MEI – Bakal berdepan pelari muda sensasi Thailand, Puripol Boonson pada acara 100m Sukan SEA esok, tidak sedikit pun melunturkan semangat Muhammad Azeem Fahmi.

    Malah, pelari pecut berusia 18 tahun yang dikenali dengan julukan ‘Usain Bolt Malaysia’ itu, berkata kehadiran Puripol, 16, membakar lagi semangatnya untuk menampilkan aksi lebih baik di Stadium Nasional My Dinh di sini.

    Puripol yang digelar sebagai ‘Thai Wonderkid’ itu, mencetus sensasi dalam acara trek Sukan SEA kali ini, apabila berjaya meleburkan rekod temasya bagi acara 200m lelaki sebanyak dua kali pada Sabtu lepas.

    Atlet itu memecahkan rekod 20.69s berusia 23 tahun milik rakan senegaranya, Reanchai Seeharwong yang dicatatkan pada Sukan SEA Brunei 1999, pada Saringan 1 dengan catatan 20.41s sebelum muncul juara dengan rekod 20.37s.

    Semalam, Muhammad Azeem tampil selaku pelari pertama kuartet 4x100m, yang turut dibarisi Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail dan juara bertahan acara 100m lelaki Muhammad Haiqal Hanafi, berjaya mencipta rekod kebangsaan baharu dengan 39.09s. – Bernama

    Aksi pelari Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi (depan) dan Jonathan Nyepa semasa acara 200m akhir kategori lelaki pada Sabtu lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...