Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Shanghai capai matlamat ‘sifar COVID’

    SHANGHAI, 17 MEI – Shanghai hari ini mengisytiharkan ia telah mencapai ‘sifar COVID’ di seluruh daerahnya, mencetuskan ejekan di media sosial ketika jutaan penduduk di bandar terbesar di China itu masih di bawah perintah berkurung.

    Berdepan dengan penularan terburuk sejak permulaan pandemik, China – negara ekonomi utama terakhir yang masih menutup pintu sempadannya kepada dunia – mengurung 25 juta penduduk di bawah sekatan keras sejak awal April.

    Kerajaan berkeras untuk menghapuskan penularan yang dipacu oleh varian Omicron menyebabkan bantahan dan pergelutan dengan pihak berkuasa ketika penduduk Shanghai menolak perintah berkurung berlarutan dan kekurangan bekalan makanan.

    “Keseluruhan 16 daerah di Shanghai sudah mencapai sifar COVID di peringkat komuniti,” kata pegawai suruhanjaya kesihatan Shanghai, Zhao Dandan kepada wartawan hari ini.

    Ini bermakna tiada jangkitan baharu melebihi angka 1,000 yang direkodkan hari ini dikesan di luar kawasan kuarantin, menurut pihak berkuasa bandar tersebut.

    Penduduk di Shanghai menjalani ujian saringan di luar kawasan kediaman di daerah Pudong, Shanghai pada 13 Mei lalu. – AFP

    Timbalan datuk bandar, Chen Tong Ahad lalu berkata bandar itu akan membuka semula aktiviti perniagaan secara berperingkat bermula minggu ini, tanpa memberikan butiran terperinci.

    Tetapi jutaan penduduk di Shanghai masih belum dibenarkan untuk meninggalkan kawasan rumah mereka hari ini.

    Lebih 3.8 juta orang masih berada di bawah perintah berkurung paling ketat di bandar itu, menurut angka rasmi.

    Strategi China untuk mencapai sifar kes COVID termasuklah penutupan sempadan yang ketat, tempoh kuarantin lama, ujian besar-besaran dan pantas selain melaksanakan perintah berkurung yang disasarkan.

    Media sosial bagaimanapun sedikit kecoh apabila terdapat perbezaan ketara antara kenyataan rasmi yang dikeluarkan dan realiti kehidupan penduduk yang menjalani perintah berkurung. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...