Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Utama kadar vaksinasi tinggi, keselamatan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Kadar vaksinasi tinggi dalam kalangan kanak-kanak, keselamatan dan kesihatan semua pihak antara kriteria yang sedang diteliti untuk menentukan pembukaan sempadan darat dan laut meskipun laluan udara negara ketika ini sudah dibukakan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa menjawab persoalan media mengenai kriteria-kriteria yang diperlukan untuk membuka laluan darat menjelaskan kerajaan perlu meneliti pelbagai perkara dan cabaran dalam menetapkan pembukaan tersebut seperti keselamatan kakitangan di pos-pos kawalan, kadar vaksinasi kanak-kanak dan sebagainya.

    Menurutnya lagi, jika dibandingkan dengan rentas sempadan udara, jumlah penumpang yang keluar masuk negara mudah dianggarkan lebih awal namun ia sangat mencabar bagi pos-pos kawalan darat dan laut yang sukar dijangkakan, yang berkemungkinan dalam sehari boleh mencecah ribuan orang.

    “Apa yang perlu diketahui pengurusan keluar dan masuk negara tidak sama seperti menggunakan laluan udara di mana jika di lapangan terbang para pengunjung didapati positif COVID, mereka akan terus diasingkan ke ruang atau bilik khas tetapi jika sempadan darat, cara kawalan dan SOP memerlukan penelitian lebih mendalam lagi sebelum laluan darat dibukakan,” jelasnya semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan.

    Sehubungan itu, katanya, pentingnya keselamatan bersama yang bukan hanya ditumpukan kepada mereka yang keluar dan masuk negara bahkan kakitangan-kakitangan yang bertugas juga perlu diambil perhatian.

    Di samping itu, vaksinasi bagi golongan kanak-kanak masih belum menepati peratusan sewajarnya terutamanya bagi kadar pengambilan dos kedua yang masih 44 peratus kerana apabila sempadan darat dibuka, pasti ramai kanak-kanak akan dibawa oleh ibu bapa mereka, dengan itu, kesihatan mereka perlulah juga dititikberatkan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa sidang media di Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...