Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Vaksin Novavax 80 peratus berkesan bagi remaja

    WASHINGTON, 11 FEB – Novavax berkata semalam vaksin COVID-19 yang dibangunkannya adalah 82 peratus berkesan di kalangan remaja semasa tempoh varian Delta dominan, dan firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS) itu merancang menghantar keputusan untuk diluluskan badan pengawal dalam kumpulan umur ini.

    Vaksin dua dos, yang berdasarkan pada protein sintetik yang meniru spike yang bertaburan di atas permukaan virus, didapati selamat dan berkesan di kalangan lebih 2,200 remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai sebahagian daripada fasa tiga ujian klinikal yang dijalankan di AS, kata syarikat dalam satu kenyataan.

    “Kami berasa positif dengan keputusan populasi remaja ini berdasarkan keperluan berterusan untuk mencari opsyen vaksin alternatif,” kata Filip Dubovsky, ketua pegawai perubatan syarikat.

    “Kami percaya vaksin Novavax boleh menjadi opsyen untuk golongan lebih muda ini berdasarkan teknologi berasaskan protein yang telah pun digunakan dalam vaksin lain, serta respons positif yang ditunjukkan ke atas varian tersebut.”

    Vaksin Pfizer buat masa sekarang merupakan satu-satunya dos yang diluluskan untuk remaja, tetapi datang bersama risiko tertentu, terutamanya keradangan jantung untuk remaja lelaki.

    Novavax adalah perintis awal dalam perlumbaan membangunkan vaksin COVID-19, tetapi syarikat itu dibelenggu masalah pengeluaran yang menghambatnya mendapatkan kelulusan.

    Ia akhirnya menghantar permohonan kepada badan pengawal AS pada akhir Januari untuk menggunakan vaksinnya dalam orang dewasa, yang telah pun diluluskan di Kesatuan Eropah dan Britain, membawa kepada pengiktirafannya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...