Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Waktu perkhidmatan kaunter TAP Ramadan ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter akan ditutup pada hari kelepasan awam sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan 1444 Hijrah.

    Menurut kenyataan TAP, kaunter perkhidmatan di semua cawangannya akan ditutup pada 24 Mac (kaunter cawangan Ibu Pejabat PGGMB sahaja) dan kaunter perkhidmatan di semua cawangan TAP akan kembali beroperasi pada 25 Mac.

    Manakala, waktu perkhidmatan TAP di kesemua cawangan TAP adalah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, kaunter pembayaran dibukakan dari pukul 8:15 pagi hingga 12:30 tengah hari, kaunter pertanyaan, pendaftaran dan pengeluaran dibukakan dari 8:15 pagi hingga 1 petang, dan Pusat Panggilan TAP akan dibukakan dari 8:15 pagi hingga 2 petang.

    Pada Jumaat pula, kaunter pembayaran dan kaunter pertanyaan, pendaftaran dan pengeluaran dibukakan dari 8:15 pagi hingga 11 pagi; dan Pusat Panggilan TAP dibukakan dari 8:15 pagi hingga 11:30 pagi.

    TAP dalam kenyataan akhbarnya turut mengongsikan bahawa waktu perkhidmatan sesi konsultasi Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) di sepanjang bulan Ramadan ini adalah dari 9 pagi hingga 2 petang pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dan Jumaat dari 9 pagi hingga 11 pagi di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

    Sesi konsultasi SPK yang diadakan pada bulan Ramadan itu akan bermula pada 27 Mac sehingga 12 April dan disambung pada 17 April sehingga 21 April.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...