Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Waktu sekolah di bulan Ramadan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Kementerian Pendidikan hari ini telah memaklumkan waktu persekolahan semasa bulan Ramadan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah, maktab-maktab serta pusat-pusat tingkatan enam di seluruh negara bagi 1444H/2023M.

    Waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah rendah ialah dari pukul 7:45 pagi hingga 11:40 pagi, bagi sesi pagi. Sementara itu, waktu persekolahan bagi sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam adalah dari pukul 7:45 pagi hingga 11:50 pagi bagi sesi pagi dan dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sesi petang iaitu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi.

    Kementerian Pendidikan juga menyatakan bahawa pelajar-pelajar prasekolah pula akan diberikan kelonggaran waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut budi bicara sekolah masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...