Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Wanita berdepan hukuman mati, kes kebakaran ragut 46 nyawa

    TAIPEI, 21 JAN – Seorang wanita Taiwan berdepan hukuman mati atas dakwaan menyebabkan kebakaran paling dahsyat dalam beberapa dekad sebagai usaha untuk membalas dendam terhadap kekasihnya yang disyakinya curang.

    Kebakaran pada Oktober di bandar selatan Kaohsiung meranapkan beberapa tingkat bangunan apartmen 13 tingkat selama berjam-jam, mengorbankan 46 orang.

    Pihak berkuasa berkata kebakaran bermula apabila seorang penduduk, yang kenali sebagai Huang, membiarkan abu kemenyan yang belum padam di atas sofa sebelum meninggalkan bangunan.

    Pendakwa raya hari ini mendakwa Huang, 51, atas pembunuhan dan perbuatan membakar secara sengaja, dan berkata dia akan dikenakan hukuman mati kerana sengaja menyebabkan kebakaran untuk membalas dendam terhadap kekasihnya.

    “Niat Huang menyalakan api untuk membuat kekecohan dan memalukan teman lelakinya, menyebabkan bencana besar dan kehilangan nyawa tidak berdosa,” kata pejabat pendakwa raya Kaohsiung dalam satu kenyataan.

    “Dia tidak menunjukkan penyesalan dan tingkahnya sangat teruk…(pendakwa raya) menyarankan mahkamah untuk mengenakan hukuman berat sebagai tanda amaran.”

    Huang mengakui menyalakan kemenyan untuk menghalau nyamuk namun kenyataan diberikan tidak konsisten dengan apa yang dilakukannya sebelum meninggalkan bilik, menurut pendakwa raya.

    Dia pada mulanya mendakwa membuang kemenyan ke dalam tong sampah, namun kemudian berkata dia tidak ingat apa yang berlaku.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...