Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wanita ditahan selepas serang pejabat PM

    WELLINGTON, 27 OKT – Seorang wanita berusia 57 tahun ditahan hari ini berhubung insiden serangan ke atas pejabat perwakilan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern di Auckland, lapor Xinhua.

    Pejabat Ardern menjadi sasaran dan sebilah pedang dilaporkan ditemukan di luar bangunan, menurut perkhidmatan kecemasan.

    Wanita itu cuba memecahkan pintu hadapan pejabat dengan menggunakan pedang dan membaling objek ke dalam bangunan hingga mengeluarkan asap, kata seorang saksi.

    Insiden berkenaan masih dalam siasatan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. – Bernama

    Pedang yang digunakan oleh wanita yang menyerang kediaman PM New Zealand. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...