Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Buaya diselamatkan selepas 5 tahun tersekat dalam tayar

    PALU, INDONESIA, 8 FEB – Seekor buaya liar di Indonesia yang tersekat dalam tayar selama lebih lima tahun telah diselamatkan, dibebaskan daripada perangkap getahnya dan dilepaskan kembali ke hutan, pegawai-pegawai dan penduduk berkata hari ini.

    Pekerja-pekerja pemuliharaan telah cuba mengumpan buaya air masin yang tersekat itu dari sebatang sungai sejak 2016 selepas penduduk bandar Palu di pulau Sulawesi terlihat buaya itu dengan tayar motosikal di lehernya.

    Seorang penduduk setempat telah berjaya mengumpan reptilia sepanjang 5.2 meter itu, yang kerap dilihat berjemur di sungai Palu di Sulawesi Tengah, daripada tayar berkenaan lewat kelmarin.

    Tili, penjual burung berusia 34 tahun, menggunakan ayam sebagai umpan dan tali untuk menangkap haiwan berkenaan pada penghujung apa yang dikatakannya usaha menyelamat selama tiga minggu, sebelum berpuluh-puluh orang penduduk setempat membantu menarik buaya berkenaan ke darat dan memotong tayar di lehernya.

    “Saya hanya mahu membantu, saya tidak suka melihat haiwan terperangkap dan menderita,” Tili memberitahun AFP.

    Dua percubaan pertamanya untuk menyelamatkan buaya itu gagal kerana tali yang digunakan tidak cukup kuat untuk menampung beratnya, kata beliau, sebelum beralih kepada tali nilon yang digunakan untuk menarik perahu-perahu.

    “Saya sudah penat jadi saya biarkan mereka selesaikan penyelamatan, buaya itu sangat berat, semua orang berpeluh dan mula kepenatan.”

    Buaya itu dilepaskan kembali ke sungai sejurus selepas diselamatkan dengan sorakan penduduk setempat. – AFP

    Penduduk setempat membebaskan seekor buaya daripada tayar yang tersekat di lehernya kira-kira lima tahun, sebelum melepaskannya ke sungai di Palu, Sulawesi Tengah pada 7 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...