Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Warga ASEAN boleh lawat Indonesia

    JAKARTA, 6 APRIL – Kerajaan Indonesia memperkenalkan semula dasar lawatan tanpa visa untuk rakyat dari negara anggota ASEAN, lapor Xinhua, memetik Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kelmarin.

    “Dengan dasar baharu ini, warga asing dari sembilan negara anggota ASEAN yang lain boleh masuk tanpa visa,” kata Pengarah Trafik Imigresen, Amran Aris.

    Mereka hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19, negatif ujian saringan PCR yang diambil 48 jam sebelum ketibaan, dan menggunakan aplikasi PeduliLindungi pada telefon mudah alih. 

    Selain itu, mereka juga tidak lagi perlu menjalani saringan PCR semasa ketibaan jika lulus pemeriksaan suhu. Setakat ini, lapangan terbang antarabangsa di Yogyakarta, Makassar, Medan dan Pekanbaru telah dibuka semula. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...