Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Keputusan tamatkan pengasingan diri wajib ditarik balik

    BERLIN, 6 APRIL – Menteri Kesihatan Jerman menarik balik keputusan untuk menamatkan pengasingan diri wajib bagi mereka yang disahkan positif COVID, mengumumkan bahawa ia adalah satu kesilapan dan memberikan isyarat yang salah.

    Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach berkata pada Isnin bahawa pengasingan diri wajib, kebiasaannya 10 hari – akan dikurangkan kepada tujuh hari sekiranya ujian negatif – akan dibatalkan pada 1 Mei dan digantikan dengan saranan kuat untuk pengasingan diri selama lima hari. Pejabat-pejabat kesihatan tempatan masih mengarahkan mereka yang dijangkiti di kemudahan kesihatan untuk tidak bekerja.

    Lauterbach mengumumkan perubahan itu di siaran televisyen ZDF malam kelmarin, dan berkata dia akan memberikan lebih banyak butiran hari ini.

    Rancangannya kini adalah untuk mengekalkan pengasingan diri wajib lima hari.

    Menerusi Twitternya awal hari ini, Lauterbach berkata membatalkan pengasingan diri wajib telah meringankan beban pejabat kesihatan tempatan ‘tetapi isyarat itu disalah ertikan dan memberi kesan buruk’.

    “Saya melakukan kesilapan,” katanya. “COVID bukan seperti demam biasa,” tambah Lauterbach. “Jadi pengasingan mesti diteruskan selepas dijangkiti. Arahan dan saranan oleh pejabat kesihatan.” Tahap jangkitan di Jerman menurun daripada paras sangat tinggi, dan kebanyakan sekatan COVID telah dilonggarkan. – AP

    Karl Lauterbach menarik semula keputusan untuk menamatkan pengasingan diri wajib bagi mereka yang disahkan positif COVID. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...