Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bayar zakat fitrah menerusi BIBD QuickPay

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Orang ramai kini boleh membuat pembayaran zakat fitrah secara digital menerusi BIBD QuickPay.

    BIBD dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan bahawa menerusi BIBD NEXGEN, BIBD QuickPay membolehkan para pelanggan membuat pembayaran dengan hanya mengimbas kod QR menerusi aplikasi mudah alih BIBD NEXGEN Wallet dengan telefon pintar mereka.

    Kenyataan menyatakan lagi sebagai rakan kongsi dalam pembangunan, BIBD sentiasa melabur dalam menyokong hasrat negara menuju ke arah sebuah negara pintar, dengan dikuasakan oleh sebuah ekonomi digital.

    Zakat Fitrah Digital merupakan kolaborasi di antara BIBD dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan merupakan contoh yang baik bagi usaha ke arah sebuah masyarakat tanpa wang tunai.

    Inisiatif itu, jelas BIBD, merupa-kan sebahagian daripada usaha BIBD untuk menggalakkan pelanggannya bergerak ke arah Go Cashless dan Go Digital. Dengan kerisauan menyelubungi COVID, kaedah itu diharap akan membawa lebih kemudahan dan keselamatan kepada orang ramai di mana mereka boleh membuat pembayaran tanpa kontak, tanpa perlu pergi secara fizikal ke sebuah masjid.

    Pembayaran zakat fitrah secara dalam talian boleh dibuat mulai sekarang sehingga 28 Ramadan 1443H. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, orang ramai boleh mengimbas dan membayar secara digital menerusi BIBD QuickPay atau Progresif Pay.

    Selain memberikan lebih kemudahan, kaedah itu juga menyediakan lebih keselamatan kerana ia mengurangkan keperluan menggunakan wang tunai (loose cash).

    Orang ramai kini boleh membuat pembayaran zakat fitrah secara digital menerusi BIBD QuickPay. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...