Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Weelago catat pencapaian aplikasi baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Weelago.com telah mencatat pencapaian terbaharunya dengan pelancaran aplikasi mudah alih pada 1 Disember lalu semasa Ekspo Produk Tempatan di Dewan 2 BRIDEX, Jerudong, bagi memperkenalkan kepada orang ramai cara baharu untuk membeli-belah secara dalam talian.

    Aplikasi berkenaan direka untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian Weelago yang menawarkan pengalaman pengguna lebih baik, cara lebih mudah untuk mencari penjual, gerbang pembayaran terjamin dan pilihan logistik yang boleh dipercayai.

    Pada tahun ini, Weelago membawa kembali HoliDEALS Shopping Spree sempena Festival Disember Brunei ke-6, yang berlangsung sepanjang bulan ini.

    Acara berkenaan merupakan inisiatif untuk menggerakkan aktiviti ekonomi tempatan dengan meningkatkan jumlah pengguna membeli-belah dalam talian dan menggalakkan perniagaan untuk menuju ke dalam talian dengan transformasi digital.

    Sebagai sebahagian daripada promosi itu, pembeli juga boleh mendapatkan Jualan Kilat 1212 dan promosi eksklusif lain daripada penjual yang mengambil bahagian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...