Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    WHO luluskan vaksin CanSinoBIO

    GENEVA, 19 MEI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini meluluskan penggunaan vaksin COVID satu dos CanSinoBIO yang dibangunkan firma China – vaksin kesembilan yang diberikan kebenaran oleh WHO.

    WHO memberikan senarai penggunaan kecemasan kepada firma vaksin Convidecia yang berpangkalan di Tianjin ketika China bergelut menangani kebangkitan virus yang dicetuskan oleh varian Omicron.

    Ia adalah vaksin buatan China ketiga yang diluluskan oleh WHO, selepas Sinovac dan Sinopharm.

    Convidecia didapati mempunyai 64 peratus berkesan terhadap penyakit simptomatik dan 92 peratus berkesan terhadap COVID serius, menurut WHO.

    “Vaksin itu memenuhi piawaian WHO untuk melindungi COVID dan ia mempunyai faedah yang jauh melebihi risiko,” kata agensi kesihatan PBB dalam satu kenyataan.

    Pakar vaksin WHO menyarankannya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

    Vaksin tersebut telah pun dikeluarkan di China, Argentina, Chile, Malaysia, Mexico dan Pakistan.

    WHO setakat ini telah memberikan status kelulusan kepada sembilan vaksin COVID termasuk Pfizer, AstraZeneca, Janssen, Moderna, Sinovac, Sinopharm, Bharat Biotech, Novavax dan terbaharu CanSinoBIO.

    Agensi kesihatan itu mula mengkaji semula data mengenai vaksin CanSinoBIO pada Ogos lalu dan memberi jaminan bahawa vaksin tersebut memenuhi standard piawaian antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...