Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Myanmar berunding dengan 10 kumpulan etnik

    YANGON, 19 MEI – Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing akan mengadakan rundingan damai dengan 10 pertubuhan bersenjata etnik (EAO) pada 20 Mei, kata jurucakap majlis itu Zaw Min Tun. 

    “Kami akan mengadakan rundingan damai esok, 20 Mei,”  kata Zaw Min Tun dalam satu sidang media hari ini, lapor Xinhua.

    Tujuh EAO merupakan penandatangan Perjanjian Gencatan Senjata Seluruh Negara (NCA) dan tiga EAO lagi bukan penandatangan telah mengesahkan untuk menghadiri rundingan damai itu.

    EAO yang menandatangani NCA ialah Majlis Pemulihan Negara Shan/ Tentera Negeri Shan (RCSS/SSA), Tentera Demokratik Karen Buddha (DKBA), Majlis Keamanan KNU/ KNLA, Parti Baharu Negeri Mon (NMSP), Parti Liberal Arakan (ALP), Pertubuhan Liberal Nasional Pa-Oh (PNLO), dan Kesatuan Demokrasi Lahu (LDU).

    Sementara tiga EAO bukan penandatangan ialah Tentera Bersatu Negeri Wa (UWSA), Pakatan Tentera Demokrasi Nasional (NDAA-Mongla) dan Parti Progresif Negeri Shan (SSPP). – Bernama

    Wanita Karen di hadapan rumah mereka. Etnik Karen antara salah satu etnik yang berunding dengan pihak SAC Myanmar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...