Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    WHO: Setengah juta maut sejak Omicron dikesan

    GENEVA, 9 FEB – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan lebih setengah juta kematian akibat COVID-19 telah direkodkan sejak varian Omicron dikesan, menggelar jumlah itu yang ‘amat tragik’.

    Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud, berkata 130 juta kes dan 500,000 kematian direkodkan di seluruh dunia sejak Omicron diisytiharkan sebagai varian membimbangkan pada November lalu.

    Sejak itu, varian berkenaan dengan pantas ‘mengambil alih’ kedudukan Delta sebagai varian dominan COVID-19 kerana ia lebih menular meskipun hanya mengakibatkan penyakit kurang teruk.

    “Dalam era keberkesanan vaksin, setengah juta orang meninggal dunia, ia adalah sesuatu yang menyedihkan.

    “Ketika setiap orang mengatakan Omicron lebih ringan, mereka terlepas perkara apabila setengah juta orang mati sejak ia dikesan.

    “Ia teramat tragik,” kata Mahamud ketika berinteraksi menerusi saluran sosial media WHO.

    Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove, pula berkata bilangan kes Omicron yang tinggi adalah ‘mengejutkan’, manakala jumlah sebenar kes jangkitan dan kematian kemungkinan jauh lebih tinggi daripada yang diketahui.

    “Ia menjadikan kes memuncak sebelum ini kelihatan hampir rata.

    “Kita masih berada di tengah-tengah pandemik. Kita harap dapat mengakhirinya. Banyak negara belum melepasi kemuncak Omicron lagi,” katanya. – AFP

    Seorang kakitangan perubatan merawat seorang pesakit COVID-19 di ICU hospital Clinical di Volgograd, Rusia. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...