Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Remaja antara pesakit Kategori 4

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Tambahan satu kes dalam kategori 4 adalah melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun dan hanya mendapat satu dos vaksin baru-baru ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara itu semasa menjawab persoalan mengenai peningkatan jumlah kes kategori 4.

    Yang Berhormat Dato menambah, dua lagi pesakit dalam kategori itu telah bervaksinasi dan mereka dimasukkan di sana disebabkan masalah lain di mana mereka memerlukan penjagaan hospital dan disebabkan oleh COVID-19.

    Seorang lagi pesakit merupakan lelaki warga emas yang belum bervaksinasi dan dimasukkan dalam kategori itu disebabkan jangkitan di bahagian dada dan ia berkaitan dengan COVID-19, tambah beliau pada sidang media di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengongsikan mengenai maklumat terkini mengenai ketibaan vaksin Pfizer ke negara ini untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, memandangkan ada ibu bapa telah melahirkan kebimbangan terhadap kanak-kanak yang belum bervaksinasi.

    Beliau menjelaskan, seperti yang dikongsikan sebelum ini, pihak Pfizer menjanjikannya pada suku pertama tahun ini.

    Bagi ibu bapa yang merasa bimbang, Yang Berhormat Dato menyarankan untuk tidak membawa anak-anak mereka keluar berjalan-jalan atau menghadiri mana-mana majlis keramaian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...