Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Yap Ling perlu enam bulan bina keserasian

    KUALA LUMPUR, 5 OKT – Pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, Yap Ling berpandangan beliau memerlukan masa sehingga enam bulan bagi membentuk keserasian bersama pasangan baharunya Chen Tang Jie dalam acara beregu campuran.

    Ling yang sebelum ini bermain dalam acara beregu wanita, mengakui corak permainan beregu campuran berbeza terutama dari segi kepantasan dan posisi di dalam gelanggang.

    “Saya perlu belajar dan baiki banyak perkara lagi, kalau beregu wanita saya banyak main di bahagian belakang berbanding beregu campuran yang memerlukan saya bermain di hadapan,” katanya kepada Bernama.

    Beliau yang bersama Toh Ee Wei menghadiahkan emas buat Melaka ketika beraksi dalam acara beregu wanita pada Sukma, bangga kerana menjadi pilihan utama Tang Jie bagi menggantikan bekas gandingannya, Peck Yen Wei, baru-baru ini.

    Pemain berusia 22 tahun itu juga tidak meletakkan sebarang sasaran pada penampilan sulung di Terbuka Australia 2022 pada 15 hingga 20 Nov ini kerana mahu menumpukan kepada usaha membina persefahaman bersama Tang Jie terlebih dahulu.

    Pada masa sama, Ling berkata beliau menjadikan pasangan China terutamanya pemenang gangsa Kejohanan Dunia BWF 2022 di Tokyo iaitu Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping sebagai rujukan dalam mempelajari teknik diperlukan ketika beraksi dalam acara baharunya itu. – Bernama

    Gambar fail pemain beregu wanita Melaka Yap Ling (kiri) dan Toh Ee Wei bergambar bersama pingat yang dimenangi pada perlawanan akhir badminton sempena SUKMA.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...