Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Yi’s Nation mara ke separuh akhir

    Oleh Fadhil Yunus
    Gambar serahan BBA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Pasukan Yi’s Nation mengesahkan tempat mereka di separuh akhir dalam kejohanan Piala Bola Keranjang You-C1000 2022 selepas meraih kemenangan 79-61 ke atas Tropang FBC di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei di Batu Bersurat, hari ini.

    Pemain Yi’s Nation, Soon Kian Leong melakarkan satu lagi malam yang tidak dapat dilupakan selepas mencatatkan 22 mata bagi pasukannya.

    Ketua pasukan, Jamri Ramlee turut menyumbang kepada kemenangan Yi’s Nation dengan kutipan 21 mata.

    Dengan kemenangan tersebut, Yi’s Nation akan berentap di separuh akhir menentang TK Tea House bagi merebut gelaran juara.

    Sementara itu, dalam perlawanan lain, Persatuan Fuzhou Shiyyi muncul di tempat teratas dalam perlawanan lewat Sabtu lalu berikutan kemenangan 94-80 ke atas pasukan baharu, Chill di gelanggang yang sama.

    Pasukan tersebut akan bersaing bagi merebut tempat dalam perlawanan akhir, tetapi terpaksa berdepan ujian sukar menentang juara bertahan, Easyway, yang terselamat daripada kekalahan menentang Pegasus sebelum ini. Pemain TK Tea House, William Ching mendahului jaringan dengan 27 mata dengan Earl Medina turut mempamerkan aksi cemerlang dengan menyumbang 23 mata. Francis Juelar juga mencatat dua digit dengan mengutip 17 mata bagi naib juara 2021 itu.

    Gambar ramai pasukan Yi’s Nation bersama pasukan Tropang FBC semasa perlawanan bagi kejohanan Piala Bola Keranjang You-C1000 kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...