Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    YouTube Shorts atasi TikTok dengan 1.5 juta pengguna

    SAN FRANCISCO, 16 JUN – YouTube kelmarin mengatakan bahawa lebih 1.5 juta orang menonton setiap bulan ke perkhidmatan video Shorts, yang bersaing dengan sensasi global pada masa ini iaitu TikTok.

    Pemilik YouTube, Alphabet dan Meta induk Facebook kedua-duanya menambah format perkongsian video bentuk pendek pada perkhidmatan mereka selepas TikTok yang pada akhir tahun lepas mengatakan ia mendahului dengan satu juta orang pengguna. Hal itu secara tidak langsung menimbulkan kemarahan pihak YouTube.

    YouTube Shorts disiarkan kurang daripada dua tahun lalu, menambahkan video tidak lebih daripada 60 saat pada pelbagai tawaran bagi platform berkenaan.

    “Shorts telah mula digunakan dan kini ditonton oleh lebih 1.5 juta orang pengguna setiap bulan,” kata ketua pegawai produk YouTube, Neal Mohan.

    Sementara itu, YouTube pada tahun lepas melancarkan dana AS$100 juta bagi ‘memberi ganjaran kepada pencipta’ yang klip videonya menarik penonton ke peringkat dalam talian.

    YouTube juga telah meletakkan kemahiran pengiklanan gergasi teknologi, Silicon Valley bagi membantu pencipta video menjana pendapatan daripada kandungan yang dihasilkan, yang menghasilkan berjuta-juta dolar dalam hasil pendapatan yang dicatatkan pada 2021.

    Pencipta video menggunakan pelbagai pendekatan kaedah platform seperti podcasting, video pendek dan penstriman langsung di YouTube, kata naib presiden You Tube Amerika, Tara Walpert Levy.

    Sementara itu, TikTok yang dimiliki oleh ByteDance yang berpangkalan di China, pada awal tahun ini mula membenarkan pengguna untuk memuat naik video yang lebih panjang sekali gus meningkatkan maksimum rakaman kepada 10 minit daripada tiga minit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...