Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    SUKA bantu mangsa kebakaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 27 APRIL – Dalam usaha meringankan beban penderitaan masyarakat yang ditimpa musibah, Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) telah menjalankan inisiatifnya dengan menyampaikan sumbangan pakaian kepada salah sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Belabau, Benutan, Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Urus Setia SUKA, Haji Saiful Bahri bin Haji Umarali kepada ketua keluarga mangsa kebakaran, Lim Ajan dengan disaksikan bersama Pemangku Ketua Kampung Benutan, Haji Mohd Hairol bin Abdullah.

    Pakaian terpakai atau baharu berkenaan merupakan hasil sumbangan orang ramai menerusi Projek Sumbang dan Bantu di bawah salah satu program Tutong Care.

    Projek itu disokong oleh Jabatan Daerah Tutong dan diungkayahkan bersama Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dan Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong yang telah melaksanakan pengumpulan dan pengagihan sumbangan.

    Sehubungan itu, pihak SUKA turut berkesempatan mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbangkan pakaian, sama ada pakaian perempuan dan lelaki serta pakaian kanak-kanak yang bersesuaian untuk disumbangkan.

    Haji Saiful Bahri menyerahkan sumbangan kepada ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Belabau, Benutan, baru-baru ini. – Gambar serahan SUKA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...