Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    1 renjer maut, 10 cedera letupan di Narathiwat

    NARATHIWAT,  15 OGOS  – Seorang anggota renjer maut manakala 10  lagi cedera, termasuk dua orang awam dalam dua letupan bom di sebuah ladang getah di Narathiwat, selatan Thailand. 

    Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Pol Waesamae Salae  berkata dalam insiden 6:30 pagi waktu tempatan, seorang penoreh getah, 55 tahun, cedera parah dalam letupan pertama di daerah Sungai Padi. 

    Berikutan kejadian itu, beliau berkata anggota polis, renjer dan skuad  pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian. 

    Beliau berkata sebutir bom yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian meletup pada 7:40 pagi waktu tempatan.

    “Berikutan letupan kedua, seorang anggota renjer meninggal dunia  di tempat kejadian manakala  sembilan lagi cedera, termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Padi dan seorang orang awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

    Seorang budak perempuan memegang kadbod bertulis ‘No Bom’ (Tiada bom) di wilayah bergolak, Narathiwat, selepas pengeboman membunuh seorang renjer dan mencederakan 10 yang lain. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...