Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    10 menang Pertandingan Kuiz Hari Keputeraan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Seramai 10 orang peserta terbaik dalam Pertandingan Kuiz Hari Keputeraan bagi Pasukan-pasukan Beruniform dan Pasukan Sukarelawan Institusi Pendidikan (PSIP) Tahun 2022 telah menerima hadiah pada majlis yang berlangsung di Ruang Legar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Majlis menyaksikan Dayang Nurul ‘Azimah Zafirah binti Ibrahim daripada Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna memenangi tempat pertama, manakala itu, Awang Mohd Qarl Darwisy Haqieze bin Wadi daripada Kadet Polis Mahad Islam Brunei memenangi tempat kedua dan Awang Abdul Hadi Zulfaqar bin Nor Hazimin, Kadet Tentera Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah berupa baucar bagi pembelian peralatan persekolahan berserta sijil ialah Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abdul Razak.

    Pertandingan yang disertai oleh 90 peserta itu dibuka kepada semua ahli pasukan beruniform, pelajar Tahun 9 hingga 11, yang berdaftar di sekolah-sekolah menengah dan maktab seluruh negara. Pertandingan telah diadakan pada 27 Julai yang lalu secara dalam talian menggunakan platform Myquiz.

    Ia diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang ke-76 Tahun, di samping untuk menggalakkan pelajar mendalami sejarah Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan meningkatkan kemahiran penggunaan digital bagi menyokong hasrat negara ke arah revolusi industri 4.0.

    Haji Eady Sardi semasa menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Kuiz Hari Keputeraan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...