Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    10 pemenang bertuah kempen cabutan Incomm terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Seramai 10 orang pemenang bertuah menerima hadiah pada kempen cabutan bertuah Spend and Win anjuran Integrated Communication Sdn Bhd (Incomm) yang berlangsung di bilik pameran Incomm, Bangunan Abdul Razak, Gadong, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni dan Ketua Pegawai Eksekutif Incomm, Ang Siok Tuan.

    Pemenang pertama bagi kempen tersebut ialah Chong Chean Leung yang membawa pulang hadiah utama iaitu Samsung Galaxy S22 Ultra 128gb, manakala hadiah kedua dimenangi oleh Edwin Sim yang membawa pulang Samsung Galaxy Tabs 8+ WiFi 256gb.

    Sementara itu, tempat ketiga pula ialah Liu Kun Shyong yang telah memenangi Samsung Galaxy S22+ 128gb, manakala pemenang keempat dan kelima masing-masing membawa pulang telefon dan tablet jenama Samsung.

    Sementara itu, lima lagi pemenang juga telah membawa pulang hadiah sagu hati sumbangan Incomm yang disampaikan oleh Head of Merchant, Incomm, Andy Yong Chee Chau.

    Radin Sufri, Ang Siok Tuan bersama para pemenang bergambar ramai di bilik pameran Incomm, Bangunan Abdul Razak, Gadong.

    Kempen Cabutan Bertuah Spend and Win berkenaan telah diadakan sejak 10 Februari hingga 28 April 2022, di mana pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk telefon Samsung di Incomm dan berpeluang  mengikuti kempen tersebut dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Pelanggan yang membuat tempahan awal peranti Samsung boleh memilih untuk membeli set individu atau bundle dengan pelan kontrak Mobile dan menerima Galaxy Buds Pro secara percuma. Baucar bernilai $50 juga diberikan kepada semua pelanggan yang menggunakan kad kredit BIBD.

    Incomm juga telah memperkenalkan barisan model Samsung Galaxy S22, sebuah telefon android yang dilengkapi dengan kamera canggih 50MP.

    Selain itu, Samsung Tab S8 series yang diperkenalkan juga mempunyai spesifikasi skrin 11″ LTPS TFT WQXGA 120Hz, memori hingga 12GB RAM, simpanan sehingga 256GB dengan sokongan kad mikro SD 1TB, kamera hadapan 12MP dan bateri 8,000mAh dengan sokongan pengecasan 45W. Skrin juga dilengkapi dengan sokongan S-Pen dan Dolby Atmos.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...