Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    11 terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Damsyik

    DAMSYIK, 1 MAC – Satu kebakaran yang menjejaskan sebuah pusat beli-belah di ibu negara Syria, Damsyik telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa semalam, menurut kementerian dalam negeri hari ini.

    Kejadian itu adalah salah satu kebakaran paling dahsyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Ramai daripada mangsa yang terkorban adalah pengawal keselamatan atau kakitangan yang bertugas semalaman di bangunan enam tingkat itu, kata pengarah pertahanan awam, Ahmad Abbas.

    Punca kebakaran masih lagi belum dapat dipastikan.

    “Seramai 11 orang maut dalam kebakaran di pusat beli-belah La Mirada, dan dua orang telah diselamatkan,” kata kementerian dalam negeri.

    Kebakaran itu menyebabkan “kerosakan material yang meluas”, tambahnya, memusnahkan kedai yang menjual pakaian, barangan kulit dan kosmetik yang mana kebanyakannya mempunyai barangan sangat mudah terbakar.

    Menurut kenyataan kementerian tersebut, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kebakaran. Kebakaran di ibu negara Syria agak kerap berlaku, sesetengahnya disebabkan oleh litar pintas elektrik, yang lainnya oleh kaedah pemanasan yang tidak selamat.

    Seorang saksi, Hani, 52, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertama berkata kebakaran tersebut berlaku sekitar 1 pagi waktu tempatan.

    “Api bermula di tingkat atas dan mula merebak dengan cepat ke tingkat lain,” katanya. – AFP

    Keadaan pusat beli-belah selepas anggota bomba memadamkan kebakaran. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...