Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    12 maut, serangan senjata api di bar Mexico

    GUANAJUATO, MEXICO, 16 OKT – Dua belas orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah bar di tengah Mexico kelmarin, kata pihak berkuasa tempatan, dengan keganasan kartel yang semakin meningkat menjadikan wilayah tersebut antara yang paling berbahaya di negara itu.

    Negeri perindustrian Guanajuato telah menjadi tapak pertikaian antara dua kumpulan saingan, kartel Santa Rosa de Lima dan Jalisco Generasi Baharu yang terkenal kerana menjalankan pengedaran dadah dan pencurian bahan api, serta jenayah lain.

    Polis percaya serangan kelmarin berlaku apabila kumpulan bersenjata memasuki bar di bandar Irapuato kira-kira jam 8 malam (0100 GMT) dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan dan kakitangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...