Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    The Rock tak minat bertanding jadi presiden

    Pelakon Dwayne ‘The Rock’ Johnson tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bertanding merebut jawatan presiden Amerika Syarikat seperti didakwa sebelum ini.

    Menerusi temu bual bersama CBS News Sunday Morning, pelakon berusia 50 tahun itu menyangkal dakwaan tersebut meskipun sebelum ini pernah memberitahu ingin menyertai arena politik.

    “Saya sayang negara ini tetapi saya juga suka menjadi seorang bapa. Itu adalah perkara paling penting buat saya ketika ini,” kata bapa tiga cahaya mata ini.

    Kata The Rock, menjadi seorang presiden bukan tugas yang mudah meskipun ia kedengaran hebat.

    Malah dia tidak merasakan rakyat mahu seorang pemimpin sepertinya yang berkepala botak, bertatu, berketurunan Samoa dan hanya memandu sebuah trak pikap.

    Menerusi akaun Twitter miliknya, The Rock bagaimanapun turut meninggalkan mesej penghargaan kepada pengikutnya yang percaya dan yakin dia mampu menjadi seorang presiden.

    “Saya hargai pujian awda tetapi fokus saya sekarang adalah untuk melihat anak-anak saya membesar,” katanya.

    The Rock mempunyai tiga cahaya mata iaitu Simone, 21, hasil perkahwinan bersama bekas isteri Dany Garcia selain Jasmine, 6 dan Tiana, 4, hasil hubungan bersama penyanyi Lauren Hashian. – Agensi

    Jelas The Rock, menjadi seorang presiden bukan tugas yang mudah meskipun ia kedengaran hebat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...