Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    13 bakal haji warga KHEDN diraikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Seramai 13 pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan fardu haji tahun 1444/2023 telah diraikan dalam Majlis Doa Selamat yang berlangsung di Dewan Serba guna, Bangunan KHEDN, kelmarin.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap di KHEDN, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk Ibadah Haji Antara Syariat Islam Yang Memerlukan Pengorbanan, disampaikan oleh penceramah jemputan, Dekan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Islam Seri Begawan, Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Mulok.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan kutipan derma kepada 13 bakal jemaah haji berkenaan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga KHEDN yang bakal menunaikan ibadah haji. – Gambar serahan KHEDN
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menghadiri majlis berkenaan.
    Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi menyampaikan ceramah khas di majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...