Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Utamakan kaedah mobiliti yang lebih selamat

    KUALA LUMPUR, 28 MEI – Penggubal dasar dan pihak berkaitan digesa supaya mengutamakan kaedah mobiliti yang lebih selamat bagi pengguna jalan raya dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, berbasikal dan mod pejalan kaki berbanding kenderaan persendirian bagi menangani kadar kemalangan jalan raya yang tinggi pada skala global, kata Profesor Dr Kulanthayan KC Mani, Pengerusi Lembaga Pengarah Global Alliance iaitu badan bukan kerajaan (NGO) bagi keselamatan jalan raya

    Beliau membuat gesaan itu sambil berkata, pihak berkenaan harus memperuntukkan belanjawan ke arah pembangunan infrastruktur dan mempromosikan ketiga-tiga sektor ini.

    “Aspek penting dalam inisiatif ini melibatkan lorong berbasikal dan laluan pejalan kaki yang lebih selamat. Daripada jambatan pejalan kaki konvensional, yang tidak praktikal untuk pelbagai pengguna jalan raya seperti warga emas atau kanak-kanak sekolah yang membawa beg berat, lintasan pejalan kaki yang dinaik taraf adalah dicadangkan.

    “Pendekatan inklusif ini memastikan ia dapat digunakan untuk semua individu,” katanya kepada Bernama sambil meminta penggubal dasar memikirkan semula kaedah mobiliti yang lebih selamat selaras dengan gesaan yang dibuat ketika Minggu Keselamatan Jalan Raya Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketujuh baru-baru ini bertemakan ‘Rethink Mobility’ dari 15-21 Mei.

    Dr Kulanthayan yang merupakan Ketua Kumpulan Penyelidikan Pencegahan Kecederaan dan Promosi Keselamatan Putra di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia berkata, di Malaysia, pengangkutan awam menyumbang kurang daripada satu peratus daripada jumlah kematian jalan raya setiap tahun, menjadikannya mod pengangkutan paling selamat.

    “Oleh itu, pengangkutan awam harus menjadi pilihan utama dan disyorkan untuk semua pengguna jalan raya,” tegasnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...