Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    132 orang awam terbunuh di Mali dalam serangan ganas

    BAMAKO, 21 JUN – Serangan ganas pada malam 18 dan 19 Jun lalu telah mengorbankan nyawa 132 penduduk di tiga perkampungan luar bandar Bankass, menurut kenyataan kerajaan Mali yang dikeluarkan kelmarin.

    Menurut pihak berkuasa Mali, penduduk di kampung Diallassagou, Dianweli, Deguessagou dan sekitar luar bandar Bankass menjadi sasaran serangan kejam itu. 

    Dalang kejadian berjaya dikenal pasti sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Katiba Macina Amadou Koufa, lapor Xinhua.

    Kerajaan telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan berjanji akan melakukan segala yang perlu untuk mengesan pelaku dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

    Sementara itu, Mali terus berdepan krisis keselamatan, politik dan ekonomi sejak 2012, dengan kejadian pemberontakan, serangan jihad dan keganasan antara komuniti yang telah mengorbankan beribu-ribu rakyatnya serta mengakibatkan ratusan ribu yang lain hilang tempat tinggal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...