Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    14,000 sukarelawan mula laksanakan tanggungjawab

    BEIJING, 25 JAN – Seramai 14,000 sukarelawan terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah dari pelbagai universiti di Beijing akan berkhidmat ketika temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 akan datang.

    Para sukarelawan mula melapor diri di venue temasya sukan dengan slogan “Bersama ke Arah Masa Depan yang Dikongsi (Together for a Shared Future)” bagi menjalankan tugas masing-masing.

    Universiti Kejuruteraan dan Seni Bina Beijing menyediakan satu sepanduk besar untuk 140 sukarelawan terpilih menurunkan tandatangan masing-masing.

    Semua sukarelawan telah dilatih mengenai kawalan wabak, pengajian bahasa asing, aspek kesukarelawanan dan pengurusan kecemasan serta akan berkhidmat untuk acara luncur ais berbunga serta luncur ais pecut trek pendek.

    Sementara itu, sukarelawan dari Universiti Pusat Kewangan dan Ekonomi yang terdiri daripada 323 mahasiswa dan 12 pensyarah bersama-sama tiga universiti lain ditugaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

    Universiti Peking, Universiti Tsinghua, Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) dan lain-lain akan ditugaskan mengikut giliran ke temasya sukan tersebut.- Bernama

    Sukarelawan berdiri di hadapan skrin memaparkan perkiraan 10 hari sebelum pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2022. Kira-kira 14,000 sukarelawan akan berkhidmat semasa temasya sukan tersebut.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...