Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    15 jam pisahkan kembar siam Yaman

    RIYADH, 16 MEI – Kembar siam dari Yaman berjaya dipisahkan oleh para doktor di Arab Saudi selepas pembedahan yang ‘rumit’ selama 15 jam.

    Pasangan kembar lelaki itu, Yussef dan Yassin memiliki beberapa organ yang bercantum telah dibedah oleh kira-kira 24 orang doktor, menurut laporan Agensi Media Saudi (SPA) hari ini.

    Pakar Perubatan Pusat Bantuan dan Bantuan Kemanusiaan Raja Salman (KSRelief) berkata pembedahan dibuat dalam empat fasa bagi memisahkan pasangan kembar itu, yang disifatkan sebagai paling rumit pernah dilaksanakan.

    Pusat diuruskan oleh kerajaan Arab Saudi bagi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia itu kerap memaklumkan mengenai bantuan kepada Yaman, membuktikan komitmen Riyadh untuk meringankan penderitaan di negara yang dicengkam peperangan itu.

    Julai lalu, para doktor di Arab Saudi turut memisahkan seorang anak damit daripada kembar tidak tumbuh normal, dikenali sebagai kembar parasit, yang menurut mereka merupakan kejayaan pembedahan ke-50 ke atas kembar siam.

    Dalam pada itu, minggu lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz turut mengarahkan sepasang lagi kembar siam Yaman, Mawaddah dan Rahmah dipindahkan ke Riyadh bagi pemeriksaan kesihatan dan dinilai untuk menjalani pembedahan memisahkan mereka, lapor SPA. – AFP

    Gambar serahan oleh KSRelief menunjukkan ibu kembar siam Yaman itu memeriksa keadaan anaknya susulan pembedahan rumit selama 15 jam oleh para doktor Arab Saudi di Riyadh. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran