Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    16 askar Mexico hadap tuduhan bunuh 5 lelaki

    MEXICO CITY, 11 JUN – Jabatan Pertahanan Mexico berkata kelmarin bahawa 16 askar akan dibicarakan atas tuduhan ketenteraan berkaitan dengan pembunuhan lima lelaki di bandar sempadan Mexico Nuevo Laredo bulan lepas.

    Jabatan itu berkata, 16 askar itu ditangkap pada Khamis lepas dan akan ditahan di penjara tentera di Mexico City sementara menunggu perbicaraan di hadapan tribunal tentera. Tentera tersebut telah didakwa melanggar ‘disiplin ketenteraan’.

    Jabatan itu berkata perbicaraan itu akan diteruskan secara bebas, daripada sebarang pertuduhan yang mungkin dibawa oleh pendakwa awam.

    Di bawah undang-undang Mexico, sebarang penderaan oleh tentera yang melibatkan orang awam mesti melalui mahkamah awam, tetapi pertuduhan berasingan boleh difailkan di tribunal tentera. – AP

    Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menyifatkan pembunuhan lima lelaki yang tertangkap dalam rakaman kamera keselamatan sebagai ‘eksekusi’ yang jelas oleh askar-askar tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...