Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    18 anak yatim ahli PGGMB terima derma

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Seramai 18 orang anak yatim ahli Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) menerima derma kebajikan sempena bulan Ramadan 1443H/2022M pada Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Ibu Pejabat PGGMB, di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian derma kebajikan berkenaan ialah Yang Dipertua PGGMB, Haji Yussof bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan tadbir PGGMB serta ibu bapa penerima-penerima derma berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Haji Yussof dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh peserta-peserta khatam Al-Quran.

    Pada majlis berkenaan, bacaan Doa Khatam telah dipimpin oleh Haji Abdul Mutalip bin Haji Ismail manakala bacaan tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Awang Abdul Hakim bin Haji Suleiman.

    Acara diteruskan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan beberapa orang penerima derma suka dan duka yang disempurnakan oleh Haji Yussof. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pengarah Bahagian Agama PGGMB, Haji Rusli bin Haji Mohd Salleh.

    Derma berkenaan merupakan sumbangan ahli-ahli PGGMB dan Bahagian Kebajikan PGGMB. Majlis tahunan itu dikendalikan bersama oleh Bahagian Agama, Bahagian Kebajikan dan Bahagian Wanita PGGMB.

    Anak-anak yatim ahli PGGMB yang menerima sumbangan bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan tadbir PGGMB pada Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Ibu Pejabat PGGMB, kelmarin. – Gambar serahan PGGMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...