Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    18,010 orang terima Kurnia Peribadi Baginda Sultan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini, sekali lagi telah berkenan mengurniakan Kurnia Peribadi Baginda kepada seramai 18,010 orang penerima di seluruh negara dari golongan-golongan tertentu terdiri daripada Orang-Orang Berkeperluan Khas, Anak-Anak Yatim, Orang Fakir Miskin dan Penerima Bantuan Kebajikan Bulanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Kurnia Peribadi Baginda Sultan ini adalah merupakan kali kelimabelas ia diadakan yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan-golongan tertentu di negara ini.

    Pengagihan Kurnia Peribadi pada kali ini dimulakan dengan Pengagihan Kurnia Peribadi oleh Paduka-Paduka Anakda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku wakil-wakil peribadi Baginda di keempat-empat daerah dengan diikuti pengurniaan secara serentak di beberapa pusat-pusat pengagihan yang telah ditetapkan.

    Berangkat bagi memulakan pengurniaan Kurnia Peribadi sebagai wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Brunei-Muara di Istana Nurul Iman ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    Keberangkatan DYTM Pengiran Muda Mahkota di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, menyampaikan kurniaan peribadi Baginda Sultan kepada salah seorang penerima dari Daerah Brunei-Muara semasa istiadat yang diadakan di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Rafi Rosli

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...