Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    19 lagi perdengarkan bacaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Seramai 19 orang lagi peserta telah memperdengarkan bacaan mereka pada hari kedua Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Sembilan qari dan dua qariah telah memperdengarkan bacaan pada sebelah pagi manakala itu, empat qari dan empat qariah pada sebelah petang.

    Hadir selaku tetamu khas pada sebelah pagi ialah Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Yahya.

    Sementara itu, musabaqah pada sebelah petang dihadiri oleh Pengarah Urusan Haji, KHEU, Haji Abdullah bin Haji Mohammad selaku tetamu khas.

    Musabaqah kelolaan KHEU telah bermula kelmarin dan akan diteruskan lagi esok. Manakala itu, majlis pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah akan berlangsung pada 24 November di tempat sama.

    Orang ramai bolehlah mengikuti musabaqah berkenaan secara langsung melalui Instagram rasmi KHEU, @kheu.brunei.

    Hajah Siti Mahyana hadir pada sesi pagi majlis berkenaan.
    Antara peserta yang memperdengarkan bacaan mereka semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...