Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    2.2 juta kanak-kanak Kemboja terdedah gelombang haba

    PHNOM PENH, 26 OKT – Kira-kira 2.2 juta kanak-kanak di Kemboja atau 37.1 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak di negara itu kini terdedah kepada kekerapan tinggi gelombang haba, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    Kemboja adalah antara 23 ne-gara yang termasuk dalam kategori tertinggi bagi pendedahan kanak-kanak kepada suhu tinggi melampau, Xinhua memetik UNICEF dalam laporan baharunya bertajuk ‘Tahun Paling Sejuk Sepanjang Kehidupan Mereka: Melindungi Kanak-kanak daripada Kesan Peningkatan Gelombang Haba’.

    Gelombang haba menjejaskan teruk kanak-kanak, kerana mereka kurang mampu mengawal suhu badan berbanding orang dewasa, menurut kenyataan itu yang menambah semakin mereka terdedah kepada gelombang haba, lebih besar kemungkinan ia akan menjejaskan kesihatan mereka termasuk pernafasan kronik, asma dan penyakit jantung. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...