Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    2,000 pendatang asing mula berhijrah ke AS

    TAPACHULA, MEXICO, 26 JULAI – Kumpulan baharu terdiri daripada 2,000 pendatang asing memulakan perjalanan kelmarin di selatan Mexico dengan tujuan memasuki Amerika Syarikat (AS).

    Kumpulan berkenaan memulakan perjalanan mereka dari bandar Tapachula, berhampiran sempadan dengan Guatemala, di mana ribuan pendatang telah terkandas dan kecewa dengan urusan dokumen yang lambat di pejabat imigresen Mexico.

    “Ia sangat sukar, tetapi kami masih akan meneruskan perjalanan dengan harapan mereka akan membenarkan kami masuk,” kata salah seorang pendatang Nicaragua, Moises Chinchilla, yang berharap untuk mendapatkan permit kediaman sementara.

    Dalam perjalanan baru-baru ini, kebanyakannya adalah keluarga, berjaya meneruskan perjalanan hanya kira-kira 45 kilometer ke bandar Huixtla, di mana pegawai Mexico berjaya meleraikan kumpulan-kumpulan itu dengan memberikan permit tersebut.

    Permit itu membolehkan para pendatang, yang kebanyakannya terdiri daripada warga Venezuela dan Amerika Tengah, untuk menetap di wilayah Mexico untuk tempoh 30 hari, sementara mereka meneruskan prosedur penghijrahan.

    Ramai pendatang asing cuba menggunakan permit untuk memberikan mereka masa dapat sampai ke sempadan AS, dan kebanyakan mereka telah dihantar pulang ke selatan oleh pegawai Mexico.

    Ramai membantah strategi Mexico untuk menempatkan mereka di selatan, jauh dari sempadan AS. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...