Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    21,000 penumpang terkandas, 136 penerbangan dibatalkan

    BOGOTA, 31 MAC – Lebih 21,000 penumpang terjejas dan 136 penerbangan dibatalkan di Colombia berikutan pendaratan cemas sebuah pesawat komersil di lapangan terbang utama berhampiran bandar Medellin, kata Pengarah Penerbangan Awam, Jair Orlando Fajardo kelmarin.

    Roda pendaratan hadapan LATAM Airlines Airbus A320-200 terjatuh sejurus ia berlepas Selasa lalu, memaksa pesawat itu berpatah balik untuk pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Maria Cordova di bandar Rionegro, lapor Xinhua.

    Tiada kecederaan dilaporkan.

    Fajardo berkata penerbangan laluan Rionegro dibatalkan selama lebih 12 jam, menyebabkan kelewatan dan pembatalan di lapangan terbang lain, terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado di Bogota.

    “Pada masa ini lapangan terbang beroperasi seperti biasa,” katanya sambil menambah ia sedang menangani 136 penerbangan yang dibatalkan dan 21,245 penumpang yang terjejas akibat kejadian itu.

    Menurut Fajardo, siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kecemasan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...