Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    24 tamat latihan pengurusan konflik

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Program latihan Pengurusan Konflik Strategik bagi Profesional yang dianjurkan bersama oleh Pusat Timbangtara Brunei Darussalam (BDAC) dengan Singapore Mediation Centre (SMC) telah berakhir, kelmarin.

    Majlis penutup program latihan selama lima hari berkenaan berlangsung di BDAC, Blok 2D, Simpang 156, Jalan Kumbang Pasang.

    Program telah disertai oleh 24 orang peserta dari sektor kerajaan, dan sektor swasta serta individu-individu berkaitan, yang dilatih dalam penerapan pengurusan pengantaraan konflik berdasarkan kepentingan, mengenal pasti peringkat-peringkat pengantaraan, tatacara penggunaan dan teknik komunikasi bagi mengurus pihak-pihak yang bertikai serta menggunakan teknik untuk mengatasi halangan.

    Selain itu, program juga menjalankan simulasi mengikut senario untuk para peserta menilai kes-kes berkenaan serta mempraktikkan kemahiran mereka dalam keadaan yang sebenar. Penilaian Kemahiran Pengantaraan telah bermula kelmarin yang mana peserta yang berjaya akan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai accredited mediator dan secara langsung dimasukkan dalam senarai pengantara BDAC.

    Ketua pegawai eksekutif interim BDAC bersama pelatih-pelatih SMC mengucapkan tahniah kepada para peserta sejurus sijil-sijil diberikan.

    Gambar ramai peserta kursus dan para pegawai BDAC. – Gambar serahan BDAC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...