Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    250 hadiri perkahwinan cucu Biden

    WASHINGTON, 20 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengalu-alukan tetamu ke Rumah Putih semalam bagi menghadiri majlis perkahwinan cucunya, Naomi, dengan majlis sedemikian dibuat secara tertutup kepada media sebelum ini.

    Menurut Rumah Putih, peguam berusia 28 tahun yang tinggal di Washington itu mengahwini Peter Neal, 25, graduan undang-undang, di rumah agam South Lawn, jam 11 pagi, disaksikan kira-kira 250 orang tetamu.

    Perkarangan majlis dihias dengan bunga putih, menurut gambar yang diambil dari jauh oleh AFP.

    Bapa Naomi Biden, Hunter adalah anak lelaki kepada Presiden.

    “Sungguh menggembirakan melihat Naomi membesar, mengenali siapa dirinya dan mencipta kehidupan yang luar biasa untuk dirinya sendiri.

    “Kini, kami berasa bangga melihat dia memilih Peter sebagai suami dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukannya dalam keluarga kami.

    “Kami berharap hari-hari mereka dipenuhi dengan ketawa dan kasih sayang yang semakin mendalam setiap masa,” kata Presiden dan Wanita Pertama AS, Jill Biden.

    Rumah Putih dalam kenyataan ringkasnya berkata, Biden menganjurkan majlis makan tengah hari untuk keluarga dan majlis resepsi serta tarian dirancang pada Sabtu depan.

    Pejabat Presiden telah mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung butiran majlis perkahwinan itu yang diklasifikasikan sebagai tertutup dan tanpa liputan media. – AFP

    Naomi Biden dan tunangnya, Peter Neal berkahwin di South Lawn, Rumah Putih di Washington pada 19 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...