Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    3 maut empangan lombong runtuh

    JOHANNESBURG, 12 SEPT – Sebuah empangan lombong runtuh di bahagian tengah Afrika Selatan pada Ahad mengakibatkan banjir yang memusnahkan kediaman dan infrastruktur, menurut Jabatan Tadbir Urus dan Hal Ehwal Tradisi (CoGTA). Menurut jurucakap CoGTA Lungi Mtshali, kejadian itu meragut tiga nyawa dan mencederakan lebih 40 orang.

    Mtshali berkata, banjir yang disebabkan runtuhan lombong terbiar itu mengakibatkan kerosakan harta benda dan kediaman komuniti Charlesville di sekitar Jagersfontein. “Ia turut melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan.

    Pasukan pengurusan bencana telah dikerahkan untuk menilai kerosakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -