Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    3 tentera, 5 penjenayah terkorban dalam pertempuran

    TEHRAN, 2 JAN – Pengawal Revolusi tentera Iran dan kumpulan penjenayah bersenjata terlibat dalam pertempuran kelmarin di wilayah bahagian tenggara, menyebabkan tiga anggota Pembela Revolusi dan ‘sekurang-kurangnya lima penjenayah’ terkorban, menurut laporan agensi berita IRNA.

    Laporan menyatakan pertempuran berlaku pada lewat kelmarin di daerah Kourin, kira-kira 1,120 kilometer dari tenggara Tehran, dan berhampiran sempadan Pakistan. Ia mengatakan sekurang-kurangnya lima penjenayah turut mengalami kecederaan. Tiada butiran lain diberikan.

    Kawasan wilayah Sistan dan Baluchistan, sering kali menyaksikan pertempuran antara pasukan kerajaan Iran dan beberapa kumpulan militan. Wilayah, sempadan antara Pakistan dan Afghanistan, itu turut menyaksikan kumpulan pemisah Sunni bekerjasama dengan Al-Qaeda dan dikenali sebagai Jeish al-Adl atau Tentera Keadilan, beroperasi.

    Pasukan keselamatan turut bertempur dengan pengedar dadah di wilayah, terletak di sepanjang laluan penyeludupan candu dan heroin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...