Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    30 pegawai PDI fahami lagi ilmu Takhrij Al-Hadith

    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai ilmu Takhrij Al-Hadith dan kepentingannya, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan Bengkel Pengkajian Takhrij Hadis bagi pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, khasnya pegawai Bahagian Perancangan, Kajian dan Penerbitan.

    Seramai 30 orang pegawai PDI mengikuti bengkel lima hari berkenaan yang bermula hari ini hingga 25 Jun di Kampus UNISSA, Gadong.

    Fasilitator bagi bengkel berkenaan ialah Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Dekan Fakulti Usuluddin, Dr Lilly Suzana binti Haji Shamsu serta Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin, Dr Shayuthy bin Abdul Manas.

    Menurut UNISSA, bengkel berkenaan memberi kefahaman dalam menggunakan cara-cara atau teknik khusus untuk mengeluarkan hadis melalui sumbernya yang asli, dan memberi pengetahuan luas mengenai kitab-kitab rujukan hadith dan metodologi penulisannya.

    Selain itu, bengkel juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam berinteraksi dengan kitab-kitab Turath dalam berbagai-bagai kategori iaitu tidak terhad dengan kitab berkaitan hadis dan juga memberi pengetahuan asas dalam menghukum hadis.

    Bengkel berkenaan diharap akan dapat memberikan para peserta kemahiran dalam penggunaan hadis dan cara mengetahui martabatnya sama ada sahih, hasan, dhaif ataupun maudhu’, memberikan pendedahan yang betul tentang kepentingan hadis sebagai rujukan kedua selepas Al-Quran Al-Karim dan serta membantu meningkatkan mutu penghasilan penerbitan buku-buku PDI yang lebih berkualiti dan dijamin keabsahan penggunaan hadis.

    Dr Lilly Suzana semasa menyampaikan tak-limat pada bengkel berkenaan.
    Antara peserta yang hadir pada bengkel yang diadakan di Kampus UNISSA, Gadong, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...