Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    30 projek dimeterai di bawah inisiatif China-Singapura

    CHONGQING, 11 APRIL – Sejumlah 30 projek kerjasama bernilai AS$1.82 bilion telah dimeterai di bawah Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Penyambungan Strategik.

    Projek-projek tersebut melibatkan pembiayaan, maklumat dan komunikasi, pengangkutan dan logistik, serta bakat latihan, menurut satu mesyuarat bagi jawatankuasa pengimplementasian inisiatif penyambungan China-Singapura yang diadakan hari ini.

    Di antara projek-projek tersebut, terdapat dua projek kerjasama antara kerajaan, 20 projek kerjasama komersial bernilai AS$250 juta dan lapan projek pembiayaan rentas sempadan bernilai AS$1.57 bilion.

    Setakat 2021, China dan Singapura telah memeterai kira-kira 162 projek kerjasama komersial yang berjumlah AS$25 bilion dan 208 projek pembiyaan bernilai AS$23.2 bilion.

    Dilancarkan pada 2015, inisiatif itu menyasarkan perkhidmatan pembiayaan, pengangkutan udara, logistik dan maklumat komunikasi.

    Inisiatif itu adalah projek kerjasama antara kerajaan ketiga antara China dan Singapura, menyusuli Taman Industri Suzhou di timur Wilayah Jiangsu China dan Tianjin Eco-city di utara Perbandaran Tianjin China. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -