Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    300 terima pingat kehormatan sempena hari Keputeraan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 300 penerima sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, hari ini.

    Berangkat mengurniakan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Seramai 95 orang iaitu 81 orang lelaki dan 14 orang perempuan telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta swasta terdiri daripada atlet pasukan polo negara, atlet sukan wusyu dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

    Antara yang dikurniakan pingat PJK ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong, Pengurus dan Ketua Pasukan Polo Negara dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi, atlet pasukan polo negara, yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 pada 2019.

    Manakala itu, seorang penerima dikurniakan Pingat Bakti Laila Ikhlas (PBLI) dan 204 orang lagi menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari JPM.

    Istiadat pengurniaan pingat turut diberkati dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis turut dihadiri oleh menteri-menteri kabinet, ahli-ahli majlis mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi, duta-duta besar, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap dan ketua-ketua jabatan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah selaku wakil peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, selaku wakil peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Pengurus dan Ketua Pasukan Polo Negara.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian kepada YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Pingat Bakti Laila Ikhlas kepada penerima.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian kepada para penerima.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Pingat Indah Kerja Baik kepada para penerima.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ketika berkenan mengurniakan Pingat Indah Kerja Baik kepada para penerima.
    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ke istiadat pengurniaan pingat-pingat kehormatan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong berkenan berangkat ke majlis pengurniaan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat sama ke majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...