Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    35 terima sijil lantikan Pembimbing Rakan remaja

    Oleh Sim Y.H
    Gambar serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Seramai 35 orang Pembimbing Rakan Remaja (PRR) menerima sijil lantikan mereka dalam Majlis Lantikan PRR Tahun 2022/2023 yang berlangsung di Dewan Kuliah 11, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), Gadong, kelmarin.

    Majlis yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling, Maktab Duli itu dihadiri oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran Maktab Duli, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah kumpulan pentadbiran maktab, Yang Di-Pertua Majlis Pelajar 22/23, Awang Ahmad ‘Aliyuddin@Abdul Aziz bin Haji Mat Dani serta Naib Yang Di-Pertua Majlis Pelajar 22/23, Danial Shafiq Kho bin Fred Mustafa dan Dayangku Nur Basyirah binti Pengiran Mohd Noor Joffren.

    Pada majlis itu, Dayangku Zalina menyampaikan pesanan khas daripada Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad yang menyatakan penghargaan kepada PRR 21/22 atas komitmen dan tanggungjawab mereka menganjurkan pelbagai aktiviti bagi maktab berkenaan pada 2021 dan 2022, antaranya mengutip sumbangan bagi anak-anak yatim dan mengadakan majlis khatam Al-Quran.

    Sementara itu, Kaunselor Maktab Duli, Pengiran ‘Ain Basyiirah binti Pengiran Haji Besar dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada kumpulan PRR yang baru dilantik.

    Di antara peranan PRR adalah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar atau rakan sebaya yang memerlukan konsultasi atau bantuan serta mengendalikan projek atau acara bagi komuniti maktab.

    Acara diteruskan dengan penyampaian sijil lantikan kepada PRR Tahun 2022/2023 yang disempurnakan oleh Dayangku Zalina. Unit Kaunseling telah melantik seramai 35 orang PRR yang baharu bagi tahun 2022/2023 di mana kumpulan berkenaan telah melalui sesi temu bual pada 21 Mac dan menghadiri Kem Duli PRR pada 22 Mei.

    Pada majlis itu juga, rompi presiden telah diserahkan kepada yang di-pertua PRR baharu, Awang Mohd Safwan bin Lamat oleh bekas Yang Di-Pertua PRR, Chloe Lam Yunyi serta naib-naib yang di-pertua PRR yang baharu turut menerima rompi mereka.

    Dayangku Zalina menyempurnakan penyampaian sijil lantikan kepada PRR yang baru dilantik.
    Antara PRR yang baru dilantik dari maktab tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...