Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    39 menang hadiah sempena HK39

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Seramai 39 orang pelanggan bertuah Datastream Digital (DST) Sdn Bhd telah menerima hadiah masing-masing dalam acara 39th National Day Giveaway yang berlangsung di 118 Residence, Kiulap, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan sesi penyampaian hadiah ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni.

    Lima orang pemenang membawa pulang wang tunai bernilai $200 yang terdiri daripada Yahya Haji Metussin, Mohd Khairul Azmi Haji Bujang, Fairus Yukoi, Ahmad Haikal Abdul Aziz, dan Hasnizal Malai.

    Manakala, empat orang pemenang iaitu Siti Alai, Allyaa Nursal, Edi Jul Hamipah Jefry, dan Rasyadee Sahrul telah memenangi TV TCL 32 inci.

    Hadiah berupa Samsung Galaxy A04s 128GB pula dimenangi oleh Maruli Umar, Fawwaz Ekhwan, Nur Hafizah Jaafar, Kamree Haji Moksin, dan Mohd Hasnal Haji Hassan.

    Antara pelanggan bertuah yang hadir di 118 Residence, Kiulap, kelmarin.

    Pemenang bertuah yang memenangi AmazeFit GTS 4 terdiri daripada Abdul Akim Alamin Abdul Kadir, Mohd Abdul Rashid Rosli, Azlina Haji Mohd Ali, dan Miza Ahmad.

    Enam orang pelanggan bertuah pula menerima baucar tunai Hua Ho bernilai $250 terdiri daripada Oliver Del Mando, Awangku Mohd Faez Firdaus bin Pengiran Haji Mohd Kassim, Vincent Hong, Ampuan Mohd Yusyadi Ampuan Yuslan, Tin Alwee, dan Awangku Mohd Iskandar Shah Alam bin Pengiran Haji Salleh.

    Mereka yang memenangi baucar tunai Concept Store bernilai $250 terdiri daripada Feight Matusin, Dayangku Hajah Tuty Zaytunnah, Awangku Abdul Azim bin Pengiran Sulaiman, dan Mohd Saifullah Sahari. Sementara itu, Mohd Abdul Mattin, Kamarul Radin, Amir Safwan HMD, Mohd Hafizan Haji Saini, dan Khairunnisa Aslin telah menerima baucar tunai OCDBN bernilai $200.

    Mereka yang memenangi kad tambah nilai Easi bernilai $200 pula terdiri daripada Nur Azmina Haji Amin, Mohd Norlezlan Haji Mohd Nur ‘Alim, Awang Mohd Idris Ibrahim, dan Amir Akram Awang Besar.

    Sehubungan itu, DST merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyertai promosi cabutan bertuah berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...